| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Semarak Ramadhan 1445H BPA

 

22 Mac 2024, Serdang: Sepanjang Bulan Ramadhan 1445, Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) telah melaksanakan Program Solat Zohor Berjemaah dan Tazkirah Ringkas yang dipimpin oleh staf BPA sendiri.

Program ini dilaksanakan bagi menyemarakan sambutan Bulan Ramadhan pada tahun 2024/1445H dan  memberi ruang kepada staf untuk meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti berbentuk keagamaan disamping saling berpesan-pesan kepada kebaikan dalam kalangan jemaah yang hadir. 

Program ini dilaksanakan setiap hari (kecuali hari Jumaat) di Ruang Legar iDEC Gamma dan dihadiri oleh staf lelaki dan wanita.

Pada 21 Mac 2024 pula Program Bubur Lambuk BPA telah diadakan.  Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan ukhwah dalam kalangan staf BPA.  Sebanyak 120 mangkuk bubur lambuk telah diagihkan kepada semua staf yang hadir. 

Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dan dijangka akan diteruskan lagi pada Ramadhan akan datang.

 

Disediakan oleh :
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi

SXEeCAl~

Hello!