| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri iDEC 2024

23 April 2014, UPM SERDANG: Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah berlangsung pada 23 April 2024 bertempat di Ruang Legar, iDEC Gamma dengan suasana yang meriah.

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri iDEC ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Putra Malaysia, Yang Berbahagia Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Timbalan Pengarah (Dasar dan Pendigitalan ICT) iDEC dan Yang Berbahagia Ts. Syemsul Bahrim Abdul, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT) iDEC.

Kemeriahan Syawal yang dirai pada kali ini diserikan lagi dengan cabutan bertuah, Pertandingan Best Dress dan persembahan daripada kumpulan muzik yang diketuai oleh Ts. Azizi bin Sabron dijemput untuk menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung. Tambahan pula, pelbagai gerai makanan yang menghidangkan juadah Aidilfitri juga disediakan oleh warga iDEC sempena memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan hidangan tradisi yang istimewa.

Majlis bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang dan lebih 100 warga iDEC yang hadir memeriahkan majlis. Sambutan Aidilfitri ini diadakan setiap tahun bagi meraikan bulan syawal serta memantapkan jalinan ukhwah dan silaturahim sesama warga iDEC.

 

Disediakan oleh :

Mohamad Illyas Bin Md Yasin

 
 

SXFRCAm~

Hello!