| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Sudut Bacaan iDEC

Saringan Peringkat Akhir Sudut Bacaan Read@Uni, 14 Oktober 2019 : iDEC amat berbesar hati kerana sudut bacaan ini telah tersenarai di antara sepuluh (10) PTJ yang layak ke peringkat akhir. Sesi saringan peringkat pertama telah diadakan pada 1 Oktober 2019 yang diadili oleh juri UPM iaitu Encik Hanis Bin Johari, Penolong Pendaftar daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Puan Norshahilda Md Shahril, Penolong Pegawai Tadbir daripada Kolej 15. Sesi saringan akhir, iDEC telah menerima kunjungan panel juri iaitu Puan Zarenah Wagino, Encik Roslan Ariffin daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Encik Mohd Helmi Masor@Mansor daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

i-MAGBOOKS merupakan sudut bacaan iDEC UPM yang dihasilkan daripada idea dan perbincangan ahli jawatankuasanya. Ia merupakan salah satu projek yang berada di bawah Jawatankuasa 5S. Mengambil pendekatan konsep "Semulajadi dan ICT", maka terhasilkan i-MAGBOOKS, sudut bacaan yang dibanggakan. Hasil perbincangan bersama, kreativiti dan inovasi telah menghasilkan sudut bacaan ini. Mempunyai dua (2) rak buku di mana rak buku utama dihasilkan daripada kotak pallet yang diubah menjadi kotak-kotak kecil serta sederhana. Kotak pallet bersaiz besar telah dijadikan sebagai pelantar dan dibalut dengan wall paper bercorak kayu sesuai dengan konsep semulajadi.

Pemasangan lantai 'viynl' dengan pemilihan warna terang, memberikan kesan yang begitu ketara bagi membezakan sudut bacaan dengan ruang kerja sedia ada. Bagi menambahkan lagi 'mood' untuk membaca, dinding yang kosong sebelumnya telah dihiasi dengan 'wall paper' pemandangan iaitu laluan utama ke Universiti Putra Malaysia telah menjadi pilihan warga iDEC melalui 'survey' yang telah dijalankan.

Sistem buku yang telah disediakan oleh Encik Mohd. Shafree Ahmad, merupakan elemen ICT yang diterapkan bersama i-MAGBOOKS (nama sudut bacaan iDEC). Dengan kemudahan menu kepada pentadbir, semua buku yang telah disumbangkan akan diinput ke dalam sistem dan dilabelkan. Semua buku disusun mengikut label yang telah dilekatkan pada buku. Dengan adanya sistem ini, warga iDEC dapat mengetahui senarai buku yang ada beserta sinopsis. Sistem akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Selain sistem, perkakasan mudah alih iaitu 'tablet' disediakan kepada pengunjung untuk melihat secara langsung senarai buku atau melayari 'ebooks'. Dengan melaksanakan imbasan kepada QR Code yang disediakan di penjuru sudut bacaan, pengunjung boleh juga mengetahui senarai nama buku yang ada.

Selain daripada sudut bacaan, iDEC menggunakan sepenuhnya ruang tersebut bagi sesi perkongsian secara mingguan, 'review' dan kupasan bahan bacaan, sesi motivasi, sudut perbincangan dengan pihak luar serta perkongsian untuk 'Technology Update'. Ia juga akan digunakan bagi tujuan aktiviti kerohanian.

i-MAGBOOKS tidak akan berjaya dan direalisasikan dengan bantuan serta komitmen pihak Pengurusan PTJ. iDEC amat berterima kasih dengan penglibatan pengurusan dari segi kewangan, khidmat nasihat, idea serta turut sama dalam memberikan sumbangan buku dan majalah.

Hebahan mengenai i-MAGBOOKS dilaksanakan melalui kaedah emel, laman web (slider, banner promosi), aplikasi Whatsapp dan media sosial Facebook. Edaran info adalah berkaitan sistem dan QR Code serta makluman sumbangan buku baharu. Penambahan buku dengan pelbagai kategori, penambahbaikan Sistem Buku iaitu link ke ebooks, books rating, pinjaman serta sistem 'Check In' (merekodkan pelawat).

Dengan wujudnya sudut bacaan ini, diharapkan budaya membaca di kalangan staf iDEC dapat diperkasakan serta sila silaturahim dapat dieratkan. Secara tidak langsung, ia menambahkan lokasi untuk perbincangan selain bilik mesyuarat. Bakat selain tugas hakiki (kreativiti/pertukangan/gubahan) diperlihatkan. Sesi perkongsian maklumat dan teknologi ICT dapat meningkatkan keyakinan staf serta menambah pengetahuan. Budaya menderma/menyumbang serta berkongsi juga dapat dipupuk.

 

SXEbJAr~

Hello!