| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif KPT dan KPI MAPITA

Putrajaya, 5 Februari 2024: Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Pengarah ICT Universiti Awam (MAPITA) telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif KPT dan Petunjuk Prestasi MAPITA bagi tahun 2024. Ia telah diadakan bertempat di Tingkat 16, Bangunan KPT, Putrajaya.

Bengkel diadakan bertujuan untuk menyelaras program kolaborasi strategik antara MAPITA dan Kementerian seiring dengan lima (5) fokus utama KPT bagi tahun 2024 iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan & Inovasi; Pelaksanaan pendekatan Baharu Program; Pemindahan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan Pemantapan Ekosistem Pembolehdaya.

 

Antara objektif utama Bengkel Penyelarasan Inisiatif KPT dan Petunjuk Prestasi MAPITA Tahun 2024 ini adalah:

 

  1. Merangka Petunjuk Prestasi (KPI) dan strategi bagi pelaksanaan inisiatif pendigitalan 2024;

 

  1. Menjajarkan inisiatif pendigitalan UA dan Agensi dengan Kementerian;

 

  1. Memperkukuh Rangka Kerja dan Pengurusan Strategik bagi membantu KPT melaksanakan strategi perancangan teknologi (kajian keperluan pembaharuan langganan baharu perisian Adobe), pengurusan perubahan, pengurusan risiko, dan pentadbiran data yang efektif; dan

 

  1. Membangunkan terma rujukan bagi kajian kebolehlaksanaan kerangka kerja kampus pintar yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 menggunakan peruntukan DE di bawah butiran Penyelidikan Fundamental. Kajian ini perlu dilaksanakan bagi menyelaras semula dan menambahbaik perancangan pelaksanaan kampus pintar sedia sebagai panduan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

 

Melalui pencapaian objektif program pembentukan petunjuk prestasi (KPI), merencanakan strategi dan inisiatif dapat memberi gambaran jelas dan landasan dalam memacu pendigitalan peringkat MAPITA dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan teknologi di IPTA.

 

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

 

SXEbVAJ~

Hello!