| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Lawatan Kerja ke UTHM Dan Singapura

 

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor dan Singapura, 18 - 20 Jun 2019 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Singapura pada 18 sehingga 20 Jun 2019. Deligasi diketuai oleh Profesor Madya Dr. Fatimah Sidi, Pengarah iDEC dan disertai oleh dua belas (12) orang pegawai iDEC dan enam (6) orang pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia.

Lawatan di Pusat Teknologi Maklumat, UTHM pada 18 Jun 2019 bertujuan untuk mempromosikan Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019 (PPICT2019) pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2019. Di samping itu, diadakan sesi perkongsian teknologi, di mana UTHM telah berkongsi pengalaman tentang pembangunan mobile application.

Pada 19 Jun 2019, delegasi telah berpeluang ke ConnecTechAsia 2019, meliputi BroadcastAsia, CommunicAsia dan NXTAsia, yang mempamerkan teknologi canggih terkini dalam mengorak masa depan teknologi maklumat.  Seterusnya pada 20 Jun 2019, delegasi telah membuat lawatan kerja ke Cloudera Singapura untuk mempelajari penggunaan dan pelaksanaan data cloud.

Sesi lawatan kerja tersebut telah memberi peluang dan pendedahan kepada delegasi mempelajari teknologi terkini dan sebagai penghargaan kepada warga iDEC yang telah berjaya membangunkan projek komersial.

SXEbGAx~

Hello!