| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Lawatan Kerja GOAL-ITQAN Universiti Sains Islam Malaysia

SERDANG, 3 Disember 2019: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menerima Lawatan Kerja dari Centre for Global Open Access Learning, Immersive Technology and Network (GOAL-ITQAN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 3 Disember 2019. Difahamkan bahawa Goal-Itqan bertanggungjawab sebagai pemacu dalam teknologi di kampus USIM.

Kunjungan pihak GOAL-ITQAN disambut oleh pihak iDEC yang terdiri daripada Ahli Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Seksyen. Pada sesi lawatan kali ini menyasarkan kepada perkongsian pengetahuan berkenaan Sistem Dashboard dan Smart University yang telah dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah pengendalian pihak iDEC.  Deligasi ini diketuai oleh Pengarah GOAL-ITQAN, Puan Khadijah Chamili bersama 17 orang yang terdiri di kalangan Pegawai Teknologi Maklumat.

SXEaPA1~

Hello!