| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Kenali Warisan Kita!

Serdang, 21 Februari 2024: Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya Dan Warisan (Sebudi 2.0) bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Program ini adalah berbentuk pertandingan yang terbuka kepada PTJ di UPM.

Pertandingan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia dan aspek penilaian dan pemarkahan dinilai berdasarkan format pertandingan oleh penganjur. Peserta akan diberikan soalan berkaitan seni budaya dan warisan di Malaysia sahaja iaitu berdasarkan pecahan kategori seperti berikut:

  1. Makanan Tradisi
  2. Seni Tampak/Fotografi
  3. Bangunan/Tapak Warisan
  4. Bangunan Ikonik
  5. Sasterawan Negara
  6. Seni Kraftangan Malaysia
  7. Adat Resam dan Budaya Setempat
  8. Seni Persembahan, Teater, Tarian,
  9. Muzik dan Lain-Lain

Kaedah Pertandingan:

  1. Saringan akan menggunakan kaedah aplikasi Kahoot bagi setiap soalan yang akan diberikan kepada peserta
  2. Setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut format yang dipersetujui oleh penganjur

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Johan RM 700 + Sijil dan Piala
  2. Naib Johan RM 500 + Sijil dan Piala
  3. Tempat Ke-3 RM 400 + Sijil dan Piala
  4. Tempat Ke-4 RM 300 + Sijil dan Piala
  5. Tempat Ke-5 RM 200 + Sijil dan Piala

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diwakili oleh Ts. Norazlin Yusof, Azman Shah Mohd. Shahar dan Mohd Firdauz Abd Hamid. iDEC telah berjaya ke peringkat suku akhir pada 21 Februari 2024 bersama PTJ seperti berikut:

  1. Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK)
  2. Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
  3. Fakulti Kejuruteraan (FK)
  4. Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
  5. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
  6. Fakulti Sains (FS)
  7. Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAS)
  8. Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2)
  9. Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
  10. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™)
  11. Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
  12. Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)
  13. Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)
  14. Kolej Sepuluh (K10)
  15. Pejabat Bursar
  16. Pejabat Pendaftar
  17. Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)
  18. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
  19. Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPUTRA)
  20. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
  21. Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar (PKPP)
  22. Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
  23. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
  24. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
  25. Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM)
  26. Pusat Polis Bantuan & Keselamatan Universiti (APSeC)
  27. Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

iDEC berjaya dan layak ke separuh akhir dan bertanding untuk penentuan ke peringkat akhir pada 22 Februari 2024 bersama PTJ di bawah:

Kumpulan A:

  1. Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK)
  2. Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
  3. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
  4. Pejabat Pendaftar
  5. Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
  6. Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPUTRA)
  7. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Kumpulan B:

  1. Fakulti Sains (FS)
  2. Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
  3. Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)
  4. Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
  5. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
  6. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
  7. Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

 

Rezeki tidak menyelahi iDEC. Walau bagaimanapun, iDEC berbangga dengan kejayaan sehingga ke peringkat separuh akhir. In sha Allah, iDEC akan terus bangkit dan menyertai kuiz warisan ini pada maka akan datang.

Sumber berita: PKKSSAAS dan Pasukan iDEC (Ts. Norazlin Yusof, Azman Shah Mohd. Shahar dan Mohd Firdauz Abd Hamid)

 

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

SXEbPAk~

Hello!