| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Bakat diasah dari kecil!

Serdang, 27 Februari 2024: Mudahnya merekacipta poster dengan menggunakan perisian Canva. Bukan itu sahaja, video atau montaj juga boleh disediakan sekiranya mahir menggunakan perisian ini. Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan Canva kepada anak-anak warga iDEC. Penyertaan yang sangat terhad ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Exa, iDEC Alpha. 

Ts. Saiful Ramadzan Hairani merupakan tenaga pengajar untuk kursus ini dan telah berkongsi ilmu kepada seramai 24 peserta. Kursus diserikan lagi dengan acara kuiz yang menyediakan hadiah menarik buat pemenangnya.

Semoga ilmu yang dicurahkan akan digunakan sebaiknya dalam menghasilkan kreativiti oleh si kecil.

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

SXEbUAr~

Hello!