| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

AI Untuk Rakyat

MAJLIS PELUNCURAN AI USAHA... - Kementerian Pendidikan Tinggi | Facebook Majlis Peluncuran AI Untuk Rakyat | Portal Rasmi Kementerian Ekonomi

Serdang, 16 Januari 2024: YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Peluncuran Ai Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis yang telah dihadiri oleh pelbagai lapisan generasi ini merupakan program inisiatif kerajaan untuk memperkasakan kesedaran rakyat terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) serta usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat pelbagai latar belakang.

Program pembelajaran dalam talian secara kendiri ini boleh diakses melalui https://ai.gov.my/ di mana mempunyai dua komponen, iaitu :

 

AI Aware

  • Mentakrifkan apa itu Artificial Intelligence.
  • Bercakap tentang Kecerdasan Manusia.
  • Membantu membezakan antara mesin AI dengan bukan AI, dan membongkar salah tanggapan popular mengenai teknologi.

AI Appreciate

  • Menghuraikan domain AI yang berbeza, kesannya terhadap pelbagai industri.
  • Menghuraikan tentang prinsip etika AI dan AI yang bertanggungjawab.

 

Universiti Putra Malaysia mengambil pendekatan memastikan agar semua warga UPM melaksanakan program AI ini. Langkah pemantauan dilaksanakan di peringkat tertinggi UPM melalui portal https://ai.upm.edu.my/. Semoga Program AI untuk rakyat mencapai objektif dan dapat diperkasakan.

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

SXEbRAp~

Hello!