BAHAGIAN SISTEM UTAMA UNIVERSITI PDF Print E-mail

Pengenalan

Objektif

Objektif bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Membangun aplikasi sistem yang diklasifikasi sebagai Aplikasi Utama Universiti.
  • Menyelenggara dan menyokong Aplikasi Utama Universiti.
  • Menyedia dan menambahbaikan Aplikasi Utama Univer siti ke arah kesempurnaan.
  • Memenuhi keperluan pengguna/pelanggan mengikut keperluan semasa. 

Fungsi

Fungsi bahagian adalah seperti berikut:

  • Membangun dan mempromosi aplikasi baru
  • Menyelenggara dan mendokumentasi aplikasi  
  • Memastikan aplikasi berfungsi dengan lancar
  • Menambahbaikkan aplikasi sedia ada
  • Menjalani operasi harian sistem aplikasi
  • Merawat dan baikpulih aplikasi.
  • Membantu menyelesaikan masalah pengguna
  • Menyediakan pelan tindakan kecemasan penggunaan aplikasi
  • Menyediakan piawaian pembangunan aplikasi yang seragam
  • Membuat 'roadshow' aplikasi di PTJ.
  • Memberi khidmat rundingan.
  • Memberi latihan pengguna dan pasukan pembangun dan penyelenggara. 

Perkhidmatan

Perkhidmatan Aplikasi Pelajar

  • Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan aplikasi untuk kegunaan pelajar,pensyarah dan staf sokongan yang menggunakan Sistem Maklumat Pelajar(SMP).
  • Memberi bantuan sokongan kepada pengguna iaitu Bahagian Akademik,Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti dan Kolej yang meliputi proses operasi dan penyelenggaraan maklumat pelajar.
  • Membangunkan aplikasi sokongan untuk kegunaan pengguna SMP.
  • Terdapat tiga modul utama dalam SMP yang merangkumi keseluruhan proses pengajian pelajar :
    1. Modul Kemasukan (Pengambilan Pelajar Baru)
      Modul ini merangkumi proses permohonan pelajar baru, pemilihan calon pelajar, semakan pemohon secara on-line, kes rayuan dan pendaftaran pelajar baru UPM.
    2. Modul Akademik
      Modul ini pula mengambil kira semua proses berkaitan akademik pelajar seperti jadual waktu, pendaftaran kursus, penasihatan akademik, pemarkahan gred, pemprosesan keputusan peperiksaan,transkrip pelajar, konvokesyen dan lain-lain.
    3. Modul Khidmat Pelajar (Hal Ehwal Mahasiswa)
      Modul ini merangkumi penyelenggaraan penempatan pelajar, aktiviti ko-kurikulum, kesihatan, keselamatan, tatatertib, kaunseling, pembiayaan dan rekod alumni.
  • Sistem Maklumat Pelajar juga berintegrasi dengan sub-sistem lain di UPM,iaitu
    1. Sistem Akaun Pelajar (SAS Pejabat Bendahari),
    2. Executive Information System (EIS),
    3. Sistem Pengurusan Kad Pintar (SmartCard Pelajar),
    4. Sistem Virtua (Perpustakaan),
    5. Sistem e-Klinik (Pusat Kesihatan Mahasiswa),
    6. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan
    7. SPOA (pengurusan e-mail pelajar).

Perkhidmatan Aplikasi Kewangan

  • Membantu Seksyen IT Pejabat Bendahari dalam melaksanakan operasi dan penyelenggaraan yang melibatkan Sistem Pengurusan Kewangan Universiti (SAGA), Sistem Pengurusan Kewanagn Pelajar (SAS) dan Sistem Pengurusan Aset Tetap (FAMS).
  • Membangunkan aplikasi sokongan untuk kegunaan Pejabat Bendahari seperti berikut :
    1. Sistem Akaun Pelajar Undergrad
    2. Sistem Akaun Pelajar Postgrad
    3. Igims Hutang
    4. Igims Lejer
    5. Resit
    6. Paparan Cek UPM
    7. UPM Payment Portal
    8. Laporan KPT
    9. Laporan Staf UPM Bertukar Jabatan
    10. Paparan Fail Daftar Penaja
    11. Sistem Cuti Belajar Pegawai UPM
    12. Sistem e-Kerja
    13. Sistem Bil Tunai
    14. Sistem Perjalanan Luar Negara

Perkhidmatan Aplikasi Automasi Pejabat

  • Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi untuk membantu serta melicinkan perjalanan urusan di pejabat. Sistem aplikasi yang dibangunkan mencakupi penggunaan untuk seluruh PTJ di UPM, termasuk kampus di Bintulu Sarawak.
  • Sistem aplikasi yang telah dibangunkan adalah seperti berikut :-
    1. Aplikasi Cuti Online - semua PTJ di UPM
    2. Aplikasi Perakam Waktu - semua PTJ di UPM
    3. Aplikasi Sistem Saraan Malaysia ( eSSm ) - semua PTJ di UPM
    4. Aplikasi Keluar Masuk Pejabat
    5. Buletin UPM
    6. Buletin Pejabat
    7. Aplikasi Stok Inventori
    8. Aplikasi Tempahan Bilik

Perkhidmatan Aplikasi Sumber Manusia

Sistem e-IHRAMS

Sistem aplikasi yang menyokong operasi sumber manusia secara elektronik yang menumpukan kepada :-

  • Pengurusan proses gaji staf Universiti Putra Malaysia
  • Pengurusan sumber manusia iaitu antaranya :
    •  
      1. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
      2. Saraan dan Elaun
      3. Kenaikan Pangkat
      4. Pertukaran Jawatan
      5. Jawatan Pentadbiran
      6. Sandang Jawatan
      7. Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pengiktrirafan
      8. Maklumat Prestasi Tahunan
      9. Pengurusan Cuti Tanpa Gaji/Separuh Gaji
      10. Kemudahan Perubatan
      11. Pinjaman Pekerja ke Agensi Luar
      12. Pinjaman Masuk Pekerja dari Agensi Luar
      13. Urusan Penamatan Perkhidmatan
      14. Urusan Persaraan
      15. Rekod Kenyataan Perkhidmatan
        • Kursus Induksi
      16. Peperiksaan Perkhidmatan
      17. Latihan Akademik

Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi utama bagi menyokong proses kerja di Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bendahari adalah seperti di bawah :-

Pengeluaran Surat Jaminan dan Akuan Majikan(GL) berkaitan pembiayaan rawatan yang boleh digunapakai di seluruh hospital kerajaan di Malaysia. Pengguna utama bagi sistem ini adalah Pejabat Pendaftar dan Seksyen Kewangan Staf, Pejabat Bendahari.

 

Last Updated on Thursday, 07 July 2011 09:06
 

MENU UTAMA

RUJUKAN

MAKLUMAN

Helpdesk ICT iDEC

Talian helpdesk ICT iDEC 89471990 dan idec_helpdesk@putra.upm.edu.my

INFO WEB

AJK Laman Web
Hits Pelawat 486633

Sila log masuk menggunakan ID Putra/Staf dan katalaluan




Penafian: Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (iDEC) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat daripada laman web ini.