Pengurusan risiko ialah satu proses yang akan diaplikasikan dalam UPM untuk menentukan potensi berlakunya sesuatu perkara yang akan memberi kesan kepada universiti dan mengurus risiko berkenaan agar berada di dalam kadar yang boleh diterima dan sekali gus memberi keyakinan yang munasabah mengenai pencapaian objektif universiti. Fungsi seksyen dalam aktiviti pengurusan risiko ialah seperti berikut:
- Mengenal pasti, menganalisis, menilai dan melaksana aktiviti kawalan risiko sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Universiti;
- Membentangkan Laporan Pengurusan Risiko dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ;
- Membangunkan rangka kerja (Framework), proses pembangunan Dasar Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Risiko;
- Menguruskan program latihan untuk pengurusan risiko;
- Menyelaras dan mengurus simulasi pengurusan risiko;
- Melaksanakan program pengurusan risiko, penilaian risiko, analisis impak perkhidmatan dan mencadangkan opsyen strategi; dan
- Menyediakan laporan perkembangan pengurusan risiko.
Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko iDEC
Ts. Norazlin Yusof | Pengerusi |
Ts. Syemsul Bahrim Abdul | Timbalan Pengerusi |
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin | Setiausaha |
Mohd Zul Mohd Yusoff | |
Mohd. Shafree Ahmad | |
Ts. Shahril Iskandar Amir | |
Ts. Mohd. Rizal Mohd. Khanafie | |
Ts. Juraidah Mohamad Amin | |
Ts. Ahri Sogok | |
Ts. Rizal Razak | |
Mohd. Radzi Mahidin | |
Ts. Wan Hafizi Wan Omar | |
Nik Mohd Yusri Nik Harun | |
Nur Farhanis Sabri | Urus Setia |