UPM EPunch Briefing | INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
» NEWS » UPM ePunch Briefing

UPM ePunch Briefing

  

Pada 15 Mei 2017, Taklimat Penggunaan Sistem ePerakam Waktu telah dijalankan di Mamal Zetta, iDEC sebagai persediaan pelaksanaan ‘pengujian pilot’ sistem berkenaan ke atas dua (2) PTJ terpilih iaitu Pejabat Pendaftar dan iDEC. Sistem ePerakam Waktu yang dibangunkan oleh iDEC untuk Pejabat Pendaftar selaku pemilik proses akan dijalankan ‘pengujian pilot’ penggunaannya pada 16 Mei 2017. Pengujian ini adalah prosedur biasa dalam proses pembangunan sistem aplikasi bagi memastikan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan sistem tersebut.

 

Sistem ePerakam Waktu ini adalah dibangunkan untuk menggantikan sistem lama yang dibangunkan menggunakan aplikasi Lotus Notes. Pembangunan sistem baharu perlu dibuat kerana aplikasi Lotus Notes telah ‘obsolete’ dan tidak lagi memberikan jaminan sokongan sistem.

Updated:: 12/10/2017 [nazlina]

MEDIA SHARING

INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471990
0389483514
C1513387759