Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

UPM telah melalui audit pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) dan telah diiktiraf sebagai sebuah entiti berpiawaian Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) pada 26 Jun 2015.  Skop pensijilan ISMS UPM adalah seperti berikut:

  1. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat hanya melibatkan proses  Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah semasa Minggu Perkasa Putra.
  2. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat Data bagi proses Pendaftaran Baharu Prasiswazah.
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat Pemulihan Bencana bagi proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah

iDEC sebagai peneraju perkhidmatan ICT bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan maklumat UPM.