Tanggungjawab Jawatankuasa Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Universiti (JKKTMK):
- Menyediakan garis panduan, arahan kerja atau tatacara bagi keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam Universiti mengikut keperluan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti dan Kaedah-Kaedah ini;
- Menguatkuasakan garis panduan, arahan kerja atau tatacara bagi keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi Universiti;
- Menerima laporan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk mengenai apa-apa insiden teknologi maklumat dan komunikasi dalam Universiti dan mengambil tindakan yang wajar dan suai manfaat mengenai laporan tersebut;
- Menyatakan cadangan yang wajar kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk mengelakkan insiden keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi berlaku;
- Menilai teknologi maklumat dan komunikasi yang bersesuaian serta mencadangkan penyelesaian terhadap keperluan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi; dan
- Menubuhkan pasukan pengendali insiden keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi serta menetapkan terma rujukan bagi pasukan pengendali insiden keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut.
Keahlian
Ts. Mohd. Faizal Daud | Pengerusi |
Ts. Shahril Iskandar Amir | Setiausaha |
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir | |
Dr. Faisul Arif Ahmad@Mohd. Yusoff | |
DSP/KS Nor Azlan Mohammed | |
Ts. Norazlin Yusof | |
Ts. Syemsul Bahrim Abdul | |
Haji Mohd. Zul Mohd. Yusoff | |
Ts. Juraidah Mohd. Amin | |
Ts. Ahri Sogok | |
Ts. Wan Hafizi Wan Umar | |
Mohd Shafree Ahmad | |
Muhammad Khairy Mohd. Dan | |
Nor Afida Miskam | |
Lailawati Idris | Urus Setia |