| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Wireless Interactive Presentation Projector LED via BYOD

 

Serdang, 18 Jun 2020 : Transformasi pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) kini telah berubah daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional kepada PdP yang lebih dinamik dan kreatif seiring dengan perkembangan semasa. Selaras dengan transformasi Kampus Pintar di bawah insentif PUTRA@SMART CLASSROOM UPM, Bahagian Sokongan Pengguna (BSP), Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengambil inisiatif melaksanakan bengkel latihan pengendalian ’Wireless Interactive Presentation’ via “Bring Your Own Device” (BYOD) pada 18 dan 19 Jun 2020 bertempat di Bilik Seminar C, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM.

Latihan yang dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama CASIO Malaysia ini telah disertai oleh staf daripada Bahagian Sokongan Pengguna (BSP). Objektif latihan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan pengendalian Wireless LED Projektor bagi pelaksanaan persekitaran bilik kuliah yang lebih interaktif. Ia juga akan memudahkan kolaborasi secara ‘wireless’ dengan komputer peribadi (laptop) atau peralatan mobile sebagai medium pembentangan yang lebih efisyen, lebih lancar serta mesra pengguna. Pengarah iDEC, Prof. Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi menyatakan bahawa teknologi BYOD ini dapat memberi ruang kemudahan kepada pensyarah dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara inovatif yang seterusnya mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar.

 

SXETLAm~

Hello!