Seksyen Jaminan Kualiti, Bahagian Perancangan dan Governan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah mengadakan sesi Taklimat Pelaksanaan ISO Bagi Proses iDEC Untuk Tahun 2018. Taklimat telah diadakan pada 13 Februari 2018 jam 9.00pagi bertempat di Ruang Legar, iDEC Gamma. Encik Rosmi Othman selaku Timbalan Pengarah, Pengurusan Strategik dan Sokongan Pengguna telah memulakan sesi dengan ucapan aluan dan topik Konteks Organisasi dan Isu Dalaman.
Sesi diteruskan dengan taklimat takwim pelaksanaan di iDEC bagi tahun 2018 oleh Encik Krishnan Mariappan. Puan Hashimah yang merupakan Ketua Seksyen Jaminan Kualiti telah menerangkan mengenai semakan kendiri serta laporan strategi tindakan pentaksiran risiko ISO QMS dan ISMS .
Aturcara Program