| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

REFTApp's Pawns : REFTApp

    

REFTApp : Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan 2017

 

Serdang, 24 Oktober 2017. Sesi pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2017 telah berlangsung di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Sebanyak dua belas kumpulan di mana tujuh dalam kategori Pengurusan dan lima dalam kategori Teknikal telah membuat pembentangan dan telah diadili oleh tiga orang juri.

 

REFTApp merupakan sekumpulan daftar format yang digunapakai dalam keseluruhan kitar hayat pembangunan sistem aplikasi (SDLC) iaitu daripada fasa Kajian Keperluan Pengguna (User Requirement Phase) sehinggalah ke fasa Penyerahan Projek (Project Delivery). Penggunaan REFTApp ini membantu menyeragamkan pemahaman aspek tenikal dalam kalangan pengguna dan pembangun sistem aplikasi dan untuk melancarkan lagi proses pembangunan sistem aplikasi di UPM. REFTApp terdiri daripada dokumen teknikal yang diseragamkan kandungan teknikalnya dan kaedah penyediaan setiap satu dokumen tersebut.

 

Objektif inovasi :

  1. Memastikan sasaran KPI Pembangunan ICT iDEC dicapai iaitu 85% daripada permohonan pembangunan sistem aplikasi dilaksanakan mengikut tempoh yang dipersetujui.
  2. Memudahkan proses penyediaan keperluan spesifikasi sistem oleh pemohon sistem.
  3. Memastikan penyelarasan projek pembangunan sistem aplikasi diurus dengan lebih sistematik.
  4. Memastikan keperluan pengguna dianalisis dengan lebih tepat.
  5. Memastikan dokumen teknikal yang disediakan adalah lebih komprehensif dan efektif.
  6. Memastikan staf teknikal iDEC dapat menghubungkaitkan kesemua dokumen teknikal yang dihasilkan dengan keseluruhan proses pembangunan sistem aplikasi (SDLC).
  7. Memastikan keseragaman pemahaman aspek teknikal dalam kalangan pembangun sistem aplikasi.

 

Kumpulan REFTApp’s Pawns dianggotai oleh sepuluh (10) orang Pegawai Teknologi Maklumat daripada Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) dan Bahagian Operasi Aplikasi (BOA). REFTApp’s Pawns merupakan kumpulan penggerak yang memulakan langkah pertama dalam menjayakan pelaksanaan REFTApp di kalangan pembangun sistem BPA iDEC. Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) pada 10 November 2017 yang akan datang.

 

SXEaFAZ~

Hello!