| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Putra-INODAF : Inovasi Pendaftaran Pelajar Baharu (edaftarsmp)

  

Putra-INODAF dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan 2017

Serdang, 24 Oktober 2017. Sesi pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2017 telah berlangsung di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Sebanyak dua belas kumpulan di mana tujuh dalam kategori Pengurusan dan lima dalam kategori Teknikal telah membuat pembentangan dan telah diadili oleh tiga orang juri.

Kumpulan Putra-INODAF merupakan kumpulan Gabungan PTJ yang diwakili oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Bahagian kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Pejabat Bursar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU),Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Asasi Sains Pertanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Kediaman bagi kategori Pengurusan dengan tajuk inovasi – “Inovasi Pendaftaran Pelajar Baharu (edaftarsmp)”. Inovasi pendaftaran pelajar baharu merupakan proses pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Putra Malaysia di kampus Serdang dan Bintulu dari secara manual ke sistem dalam talian melalui Sistem eDaftarsmp yang berintegrasi dengan sub sistem yang lain yang dibangunkan secara inHouse. Sebanyak 8 entiti yang terlibat iaitu Bahagian kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Pejabat Bursar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU),Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Asasi Sains Pertanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Kediaman dan Bintulu. Peringkat pengajian yang menggunakan sistem ini adalah Diploma, Pra Diploma, Asasi Sains Pertanian dan Ijazah.

Objektif inovasi :

  1. Pra pendaftaran secara atas talian sebelum pendaftaran sebenar di kampus.
  2. Memenuhi Keperluan MS ISO ISMS
  3. Penjimatan masa dan kos lebih masa semasa hari pendaftaran
  4. Pengurangan risiko kutipan tunai
  5. Penyelesaian kepada masalah data lompong dan kualiti data calon
  6. Isu capaian semakan tawaran di waktu puncak.

 

Kumpulan Putra-INODAF dianggotai oleh 14 orang ahli iaitu Pn. Suhana Binti Md Chairi (Ketua) (Akademik), Pn.Karmizan Binti Zawawi (iDEC), Pn.Nor Ruhil Amal Hashim (iDEC), Pn.Noraida Binti Ahmad (iDEC) ,En.Mohd Husaini Amir Bin Nik (BHEP),En. Hanis Bin Johari (BHEP),En. Mohd. Nidzam Bin Ismail (BKU),Pn. Mazitah Binti Ahmad (Bursar),Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman (PKU),Tn. Hj.Suhaifi Sulaiman (Pusat Asasi Sains Pertanian), Pn.Zainor Mazwin Binti Zainal (Kolej), Tn. Hj. Ahmad Fouzi Bin Abdul Tahir (Akademik), En. Sharudin Bin Shahrani (BHEP) dan En.Azlan Bin Ibrahim (BHEP).

Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) pada 10 November 2017 yang akan datang.

SXETWAD~

Hello!