| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Projek iDEC@Community PUTRA Bakti

27 September 2019, SMK Desa Serdang - Projek iDEC@Community PUTRA Bakti melalui Kelab Rakan iDEC dan COMSA FSKTM kali ini dilaksanakan dengan jayanya bertempat di SMK Desa Serdang, Selangor pada 27 September 2019. Program penganjuran Sekolah Pengajian Siswazah yang dikenali sebagai UPM@Desa Serdang Digital Knowledge ini memberi ruang kepada pihak iDEC untuk terus menyumbang bakti dalam bentuk pemindahan ilmu ICT kepada komuniti khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah selaras dengan konsep daripada Universiti kepada komuniti yang mensasarkan keterlibatan mahasiswa bersama warga iDEC secara keseluruhannya.

Ini adalah selaras dengan transisi untuk menjadikan Pusat Pengajian Tinggi sebagai tempat strategik dalam pelaksanaan program komuniti khususnya dalam berkongsi pendedahan transformasi ICT yang meningkat secara mendadak.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, inisiatif idea program berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) kepada komuniti melalui pemindahan ilmu (knowlwdge transfer) berteraskan ‘skill to community’ melibatkan penyertaan 200 orang pelajar dengan pengisian tugasan secara telegram, pitching, spelling bee dan fun learning.

Impak positif kepada pelaksanaan program ini, para peserta lebih teruja untuk menyambung pengajian dalam bidang IT.

SXEULA1~

Hello!