| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Pra Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018

 

 

Bahagian Perancangan dan Governan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menganjurkan Pra Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018 pada 18 April 2018 jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia.

Pra Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menyemak semula, memperincikan serta menyediakan kaedah pengukuran yang jelas untuk Objektif Kualiti iDEC yang terdiri daripada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), Piagam Pelanggan serta Pelan Tindakan Fungsian dan Aras. Peserta terdiri daripada semua Ketua Bahagian dan Ketua Seksyen.

Tugasan diberikan mengikut tajuk KPI iDEC dan peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan seperti berikut :

  1. Perkhidmatan Sokongan Dan Baik Pulih ICT
  2. Penyelenggaraan ICT
  3. Insiden Keselamatan ICT, Jaminan Jalur Lebar Dan Ketersediaan Rangkaian
  4. Ketersediaan Sistem Utama Universiti
  5. Pembangunan ICT

< Galeri gambar >

 

SXETGAD~

Hello!