| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional

 

Serdang, 7 Mei 2020 : Prof. Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi, Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diperakui sebagai Teknologis Profesional oleh Lembaga Teknologis Malaysia [Malaysia Board of Technologist (MBOT)] berkuat kuasa mulai 7 Mei 2020. Warga iDEC merakamkan sekalung tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan misi dan visi iDEC demi kemajuan UPM. 

 

Petikan di bawah adalah sumber daripada Berita Astro Awani bertarikh 16 November 2016 :

Pakar teknologi, juruteknik diiktiraf profesion iktisas melalui MBoT. MBoT ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion iktisas selaras dengan saranan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang telah mengenal pasti keperluan penubuhan satu badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf lulusan berkaitan kemahiran dan teknologi.

MBoT lahir atas usaha sama dan permuafakatan antara MOSTI dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya dan pelbagai kementerian lain. Selaras dengan teras strategik kedua Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara atau DSTIN, iaitu Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), MOSTI telah melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan kapasiti sumber manusia berkaitan STI.

Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju dan inklusif menjelang tahun 2020. Malaysia memerlukan modal insan yang berpengetahuan, berilmu, beretika dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

 

SXETMAx~

Hello!