| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Pelaksanaan Sistem Kawalan Akses Capaian Rangkaian UPMNET (PERINGKAT TERAKHIR)

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM sedang melaksanakan Sistem Kawalan Akses Internet UPM.  Sistem kawalan ini telah dilaksanakan dan digunapakai untuk semua rangkaian WiFi Kolej UPM dan didapati berjalan dengan lancar. 

Sehingga kini, sembilan (9) peringkat telah dilaksanakan dan peringkat terakhir akan dilaksanakan pada 23 November 2017 dan PTJ yang terlibat adalah seperti dalam Jadual Pelaksanaan.  

Dengan selesainya peringkat terakhir ini,  maka seluruh Kampus Serdang adalah terkawal dari segi capaian akses ke rangkaian UPMNET.

Rasional pelaksanaan sistem adalah untuk kawalan penggunaan akses Internet melalui kaedah:-

  1. membenarkan akses Internet kepada warga UPM yang sah melalui UPMNet.
  2. memberikan tahap kelajuan capaian Internet yang sama bagi setiap pengguna.

Justeru itu, setiap warga UPM yang ingin mengakses Internet, perlu melalui proses verifikasi menggunakan identiti UPM-ID.

Bersama ini dilampirkan jadual pelaksanaan serta panduan penggunaan sistem untuk kegunaan tuan/puan.

Bagi pengguna yang melakukan login kali pertama, mohon tuan/puan logout dan login semula untuk memastikan kelajuan terbaik capaian Internet.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Hotspot Operation Center (HOC) (03-89471221) / Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email putrahotspot@upm.edu.my / idec_helpdesk@upm.edu.my  

SXEUCAg~

Hello!