| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Pelaksanaan Sistem Kawalan Akses Capaian Rangkaian UPMNET (PERINGKAT KE-2)

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM sedang melaksanakan Sistem Kawalan Akses Internet UPM.  Sistem kawalan ini telah dilaksanakan dan digunapakai untuk semua rangkaian WiFi Kolej UPM. Peringkat pertama telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2017 dan peringkat kedua akan dilaksanakan pada 2 Ogos 2017.

Rasional pelaksanaan sistem adalah untuk kawalan penggunaan akses Internet melalui kaedah:- 

  1. membenarkan akses Internet kepada warga UPM yang sah melalui UPMNet.
  2. memberikan tahap kelajuan capaian Internet yang sama bagi setiap pengguna.

Setiap warga UPM yang ingin mengakses Internet, perlu melalui proses verifikasi menggunakan identiti UPM-ID.

Bersama ini dilampirkan jadual pelaksanaan serta panduan penggunaan sistem untuk kegunaan tuan/puan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Hotspot Operation Center (HOC) (03-89471221) / Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email putrahotspot@upm.edu.my / idec_helpdesk@upm.edu.my.

SXDdWAO~

Hello!