| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi IDEC (KRiDEC)

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor

Pada Selasa 9 Mei 2017, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi IDEC (KRIDEC) kali pertama diadakan di ruang legar iDEC Gamma bagi memilih Jawatan Kuasa Baharu KRiDEC Sesi 2017/2019. Mesyuarat Agung kali pertama ini merupakan susulan kepada kejayaan KRIDEC berdaftar di bawah ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dengan nombor pendaftaran PPM-034-10-02032016. KRIDEC ditubuhkan bagi memajukan dan memelihara hal ehwal kebajikan ahlinya yang juga merupakan staf iDEC disamping mengeratkan hubungan di antara ahli kelab.

 

Mesyuarat Agung ini telah menyaksikan bahawa En. Ahmad Faisal Abdul Ghafar dilantik sebagai Presiden KRIDEC, En. Shahril Iskandar Amir, Puan Hashimah Amat Sejani, Puan Lailawati Idris  sebagai Timbalan Presiden, Bendahari dan Setiausaha masing-masing. Di akhir mesyuarat, KRIDEC meraikan staf yang telah dan akan berpencen serta staf yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut.

SXEZBAw~

Hello!