| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Lawatan "ICT Benchmarking" Daripada PTM UTHM

 

Pada 12 April 2019, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah menerima kunjungan delegasi dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seramai 4 orang bertempat di Bilik Mesyuarat Alpha. Lawatan ini merupakan susulan kepada sidang video yang telah diadakan sebelum pada 14 Mac 2019 yang melibatkan ahli Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Aplikasi (JTPA) iDEC.

Lawatan pada kali merupakan salah satu siri lawatan ‘ICT benchmarking’ UTHM yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang pengurusan projek yang buat masa sekarang menjadi amalan khusus di UPM dan UIAM sahaja. Semua delegasi dari PTM UTHM telah diberi taklimat oleh Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi, iDEC.

Antara amalan kerja UPM yang telah dikongsikan adalah seperti berikut:

  1. Proses Permohonan Sistem Aplikasi
  2. Kaedah Penilaian Permohonan Sistem Aplikasi
  3. Agihan Projek Pembangunan Sistem Aplikasi
  4. Penggunaan tools dalam Pengurusan Projek Pembangunan Aplikasi
  5. Penyeragaman proses Kerja Pembangunan Aplikasi
  6. Pembentangan REFTApp dan SEAShell Framework iDEC

 

 

 

 

 

 

 

SXESKAL~

Hello!