| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Lawatan Delegasi UPSI ke iDEC UPM

 

iDEC telah menerima kunjungan dari delegasi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 20 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat iDEC Alpha. Lawatan yang mengambil masa lebih dari 3 jam ini bermula pada pukul 9.30 pagi telah dihadiri oleh 14 orang pegawai UPSI. Seramai 6 orang pegawai IDEC yang diketuai oleh Pengarah telah berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan berkenaan produk dan teknologi yang digunapakai oleh kedua dua universiti. Lawatan kerja UPSI pada dasarnya adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan pembangunan sistem aplikasi menggunakan rangka kerja Secure Effortless Applicable (SEAShell) dan Sistem e-Pembelajaran (Learning Management System). Lawatan ini secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan iDEC melalui produk SEAShell yang telah dihasilkan.

SXEZXAe~

Hello!