| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

JD untuk rujukan tugasan staf di UPM!

SERDANG, 29 Januari 2020: Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penyediaan JD (Job Description) di mana setiap pekerja di UPM perlu mempunyai Deskripsi Tugas masing-masing. Susulan daripada bengkel yang telah diadakan pada 15 Januari 2020 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengambil tindakan selanjutnya dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan bengkel.

Perbincangan telah diadakan pada 22 Januari 2020 bersama semua Ketua Bahagian dan wakil Gred. Penerangan ringkas mengenai penyediaan JD telah diberikan dan susulan bengkel perlu diadakan. Bengkel adalah bertujuan menerangkan kaedah penyediaan JD mengikut format kepada semua Ketua Bahagian, Ketua Seksyen serta wakil Gred. Hasil daripada perbincangan bersama, beberapa maklumat JD mengikut gred skim F telah dapat disediakan. Setiap wakil telah membentangkan maklumat JD mengikut gred dan beberapa pembetulan serta penambahbaikan telah diperolehi.

Semua JD hendaklah disediakan sebelum atau pada 27 Februari 2020 untuk diserahkan kepada Pejabat Pendaftar UPM.

SXDdIAu~

Hello!