| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

iDEC belajar kaedah praktikal KRISA

PUTRAJAYA, 2 Disember 2019 : Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) telah dilancarkan pada 8 Oktober 2019 di Persidangan CIO CONVEX Sektor Awam baru-baru ini. KRISA diwujudkan sebagai rujukan yang praktikal dalam memacu dan melestarikan kecemerlangan penjawat awam, khususnya profesional ICT, dalam aspek pembangunan sistem aplikasi. KRISA mengandungi metodologi pembangunan sistem yang standard sebagai panduan dalam menghasilkan sistem aplikasi yang berkualiti tinggi dan mengeluarkan dokumentasi yang komprehensif.

Seramai 37 orang penjawat awam dalam kalangan Pegawai Teknologi Maklumat F41 sehingga F52 telah menghadiri Bootcamp Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) bagi Kajian Keperluan Bisnes selama 2 hari. UPM diwakili oleh Norazlin Yusof dan Azizi Sabron dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

KRISA menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran melalui pengalaman amali (experiential learning activities) yang membolehkan individu dan pasukan pembangunan sistem mempraktikkan kaedah-kaedah dalam metodologi pembangunan sistem aplikasi.

Panduan KRISA ini merupakan suntikan penambahbaikan kepada panduan pembangunan aplikasi yang telah pun diamalkan sejak 2015 di iDEC melalui Repositori Format Pembangunan Aplikasi (REFTApp). Azizi berkata “Kami bercadang untuk menyelitkan beberapa elemen penting yang telah kami pelajari melalui Bootcamp KRISA ke dalam REFTApp mulai tahun hadapan.”

Bootcamp KRISA ini merupakan satu inisiatif dari Bahagian Perundingan ICT, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai langkah awal untuk menarik minat penjawat awam mengenali panduan tersebut dengan lebih mendalam. Bootcamp bersiri ini akan diteruskan dengan siri lain mengikut setiap fasa pembangunan sistem (SDLC) yang selanjutnya.

SXEUWAQ~

Hello!