| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Audit SIRIM ISMS UPM 2019

https://idec.upm.edu.my/summer-uploads/20191007150419blobid0.jpg

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM, 7 Oktober 2019 : Sesi Audit SIRIM ISMS UPM 2019 iaitu Audit Pemantauan Semakan 1  Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 oleh pihak SIRIM diadakan selama tiga hari bermula daripada 7 hingga 9 Oktober 2019. 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) merupakan salah satu daripada 11 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menjadi lokasi Audit SIRIM pada tahun ini. PTJ lain yang teribat adalah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Kolej Sepuluh, Kolej Tun Dr. Ismail dan UPM Kampus Bintulu.

iDEC telah diaudit oleh Juruaudit SIRIM, Puan Noridah Yahya pada 7 Oktober 2019 bertempat di iDEC Beta. Skop yang diaudit di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi adalah  operasi Pusat Data iaitu perancangan dan kawalan operasi, penilaian risiko keselamatan maklumat dan rawatan risiko keselamatan maklumat.

Selain daripada itu, semakan juga dibuat terhadap pengesahan keberkesanan kawalan yang melibatkan Penyataan Pemakaian (SOA) di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi yang merangkumi pengoperasian pusat data serta pengurusan insiden keselamatan maklumat.

Laporan audit telah dibentang oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM ISMS semasa Mesyuarat Penutupan pada 9 Oktober 2019 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima laporan penemuan audit sebagaimana berikut:

 ISMS:

Satu (1) Laporan Ketakakuran (NCR), 

Empat (4) Peluang Penambahbaikan (OFI).

 

 

SXDdBAa~

Hello!