| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Audit Dalaman - Amalan dan Program 5S

Program dan Amalan 5S, iDEC akan melaksanakan Gotong-Royong 2018. Gotong-royong ini dibuat adalah sebagai persediaan menghadapi Audit Kendiri Amalan dan Program 5S yang akan diadakan pada bulan Ogos 2018 bagi merebut Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja. Sebagai makluman, markah penilaian Audit Kendiri Amalan dan Program 5S turut mempengaruhi pemarkahan untuk Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran.

Taklimat dan gotong-royong akan diadakan pada tarikh berikut :

  • Tarikh : 3 Ogos 2018 (Jumaat)
  • Masa : 8.30 pagi
  • Lokasi Taklimat : Ruang Legar iDEC Gamma
  • Lokasi Gotong-royong : Semua Zon 5S (Bangunan Alpha, Gamma, Sigma, Beta)

 

Untuk itu, semua staf iDEC adalah dijemput dan diminta hadir ke taklimat dan menyertai aktiviti gotong-royong. Semua Ketua Zon 5S (Bangunan Alpha, Gamma, Sigma, Beta) adalah dipohon memaklumkan aktiviti ini kepada semua staf di bangunan masing-masing.

Ketua Zon 5S :

  1. Puan Hashimah Amat Sejani (Alpha)
  2. Puan Zainab Abdul Rahman (Gamma)
  3. Puan Maziah Alis @ Alias (Sigma)
  4. En. Arman Kamari (Beta)

 

Maklumat lanjut serta aturcara adalah sebagaimana di poster terlampir. Kelancaran dan kejayaan aktiviti ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen daripada semua staf iDEC.

Atas kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.

'KOMUNITI CEMERLANG, ENTITI GEMILANG'

Yang menjalankan tugas,

Setiausaha b/p Ketua Juruaudit 5S iDEC

SXETGAD~

Hello!