Tahniah diucapkan!!! Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menerima Anugerah Emas bagi penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2017. Sesi penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik telah diadakan pada 24 Oktober 2017 untuk menilai persekitaran dan ruang kerja iDEC dalam melaksanakan 5S.