| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

USIM : CloudDesk Virtualization System

Ringkasan Artikel

USIM - CloudDesk

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-PT) 2015-2025 berteraskan transformasi dalam pendidikan, ICT memainkan peranannya tersendiri. Adaptasi budaya ‘Bring Your Own Device’ (BYOD), Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ‘flip classroom’ dan ‘student centered learning’ menjadi kayuukur kepada sesebuah Universiti sejauh mana perkembangan dan keupayaan Universiti dalam memenuhi keperluan semasa pelajar.

Peruntukan bajet yang semakin meruncing menjadi persoalan pokok dalam memastikan operasi dan perkhidmatan ICT dapat terus diberikan kepada pelajar dengan keperluan teknikal yang semakin mencabar. Makmal komputer merupakan aset terbesar bagi menyokong teras Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sesebuah Universiti. Perkakasan komputer yang usang, kos penyelenggaraan yang tinggi dan perolehan perisian yang khusus bagi setiap Fakulti memerlukan pengurusan makmal yang lebih sistematik dan kos efektif . Mulai tahun 2014, pihak GOAL-ITQAN, USIM telah memulakan perjalanan alternatifnya dalam menguruskan makmal komputer yang lebih kos efektif melalui teknologi ‘Clouddesk Virtualization System’. Teknologi ini menjanjikan ‘Total Cost of Ownership’ (TCO) yang rendah dengan kos awalan pelaksanaan (initial cost)  yang rendah, mampu memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer (prolong computer lifetime), pengurangan kos operasi dan peningkatan penggunaan sumber manusia (utilization of resource).

Cloudesk Virtualization System (CVS) merupakan teknologi berasaskan konsep ‘virtual desktop infrastructure’ (VDI) di mana perisian mahupun sistem pengoperasian di jadikan dalam bentuk imej dan ditempatkan di dalam pelayan (server), kemudian dicapai oleh pengguna melalui desktop PC/tablet. Pemilihan CVS mengambilkira tiga aspek penting iaitu produk dibangunkan dan mempunyai pasukan R&D tersendiri di Malaysia, kos perolehan mampu milik dan teknologi yang menyokong ‘offline mode’. Sebanyak 500 lesen CVS telah dibuat pada penghujung 2015 bagi tujuan keperluan makmal komputer di lima Fakulti. Daripada lima Fakulti ini, sebanyak 293 PC yang diperoleh tahun 2009, dengan spesifikasi minima 2GB RAM dan 250GB HDD telah menggunakan CVS. Melalui kaedah ini, USIM telah menikmati penjimatan RM 586,000 di mana sebanyak 66% penjimatan telah dibuat untuk tempoh 2015 sehingga 2020. Ini menjadikan tempoh hayat 293 PC ini dipanjangkan daripada 5 tahun kepada 10 tahun.

Selain membantu dalam pengurusan makmal komputer, GOAL-ITQAN juga telah menempatkan perisian-perisian pengajaran ini secara virtual apps (Vapps) bagi memudahkan perisian dapat dicapai oleh pelajar dan pensyarah/penyelidik di lokasi masing-masing seperti di kolej kediaman. Ini akan menggalakkan penggunaan perisian pengajaran dikalangan warga USIM dan menyokong persekitaran transformasi digital melalui pelaksanaan BYOD.

Kesimpulannya, Clouddesk Virtualization System dilihat sebagai satu langkah pengurusan makmal komputer yang kos efektif yang boleh dilaksanakan di institusi pendidikan dalam memastikan kelestarian perkhidmatan operasi makmal komputer pada masa-masa akan datang terutamanya dalam keadaan ekonomi yang meruncing.

 

Biodata Pembentang :

Menjalankan tugas sebagai Pengarah, Pusat Pembelajaran Akses Terbuka -Teknologi Immersif dan Rangkaian (GOAL-ITQAN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terdahulu menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Infrastruktur ICT, GOAL-ITQAN sehingga 14 Januari 2019.

Merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor. Memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam di *Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, F41 pada 17 Julai 2000 selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia pada April 2000. Pada tahun 2005, dilantik sebagai Ketua Unit Aplikasi Pentadbiran bagi mengetuai pembangunan sistem aplikasi pentadbiran universiti selepas lantikan ke Pegawai Teknologi Maklumat, F44. Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Sains Komputer pada penghujung 2009 dan sebanyak tiga penulisan jurnal telah diterima dan diindeks dalam SCOPUS ketika itu.

Beliau berpengalaman hampir 10 tahun di dalam pengurusan projek ICT dan pembangunan sistem maklumat universiti, 16 sistem aplikasi pentadbiran Universiti telah dibangunkan bersama pasukan. Dalam tempoh tersebut, beberapa anugerah telah diterima antaranya Anugerah Penghargaan Pengurusan Maklumat (Pasukan Sistem Maklumat Universiti), 3rd Place Malaysian Emerging Knowledge Organisation Award, Anugerah Inovasi dan Rekacipta (2009): Sistem myCLAIM, 2nd Place MYGOSSCONN (2013): Sistem MyARIFS, penghargaan istimewa daripada pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dalam membantu membangunkan SIstem myBUDGET dan menerima Certified Tester Foundation Level (CTFL) pada tahun 2010. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan ICT dan membantu USIM menyediakan ICT Strategic Plan (ISP) USIM 2016-2020, membantu pasukan perkhidmatan ICT menyediakan ‘Green Data Center’, melaksanakan ‘Baucer Staf 1 Notebook’, ‘CloudDesk Virtualization System, Dashboard USIM dan membangunkan Information Security Management System (ISMS) yang kini dalam proses pensijilan ISO 27001:2013.

Kini, beliau sedang menggerakkan inisiatif ‘Smart University’ bersama Pasukan. Beliau juga dilantik sebagai Subject Matter Expert (SME) bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mulai tahun 2015 hingga 2018. Seterusya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal Projek Pelaksanaan Transformasi ICT KPM mulai 18 Mac 2019 dan  Ahli Jawatankuasa Pemandu projek-projek Rangkaian KPM mulai 9 April 2019. Telah diiktiraf sebagai Ahli AKRAB CARE dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), USIM mulai tahun 2018 selain bertindak sebagai Penyelaras dan Fasilitator program Kemahiran Komunikasi Efektif untuk Pemimpin anjuran AKEPT dengan kerjasama USIM bagi tahun 2019. Terkini beliau sedang meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang keselamatan data.

* KUIM sebelum dinaiktaraf sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 < Slaid pembentangan >

SXETMAE~

Hello!