Berhati-hati dengan Phishing Emel
- Jangan klik sebarang pautan dalam emel yang meminta maklumat peribadi anda
- Jangan buka lampiran fail yang meragukan atau tidak diketahui sumbernya
- Jangan simpan atau padamkan emel yang meragukan walaupun daripada sumber yang diketahui
Tips Kata Laluan
- Semua pengguna sistem ICT perlu mempunyai ID Pengguna (username) dan kata laluan (password) masing-masing dan bertanggungjawab terhadapnya
- Jangan memberitahu kata laluan kepada sesiapa termasuk pentadbir pistem
- Ubah kata laluan anda sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali
- Pengguna disarankan menggunakan kemudahan kata laluan screen saver atau log off sekiranya meninggalkan komputer
- Kata laluan mesti sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan kombinasi huruf, nombor dan aksara khas
- Untuk pentadbir sistem, kata laluan mesti sekurang-kurangnya 12 aksara dengan kombinasi huruf, nombor dan aksara khas
Kebocoran Data
- Mencegah data daripada hilang, musnah, corrupt, diubah tanpa kebenaran atau diakses oleh orang tidak sepatutnya
- Menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan (akses) kepada pengguna yang dibenarkan
Kecurian Identiti
Bagaimana caranyan untuk melindungi diri anda?
- Jangan hantar maklumat peribadi ke laman web
- Jangan balas emel yang tidak dikenali
- Jika melaksanakan transaksi dalam talian, kenali sumber anda
- Baca penyataan privasi pada laman web dengan teliti
- Hantarkan resume anda hanya di laman pekerjaan yang dikenali
- Sentiasa daftar keluar dari komputer anda apabila tidak digunakan
Perisian Perosak (antivirus)
- Instalasi perisian antivirus dalam komputer
- Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan emel yang diragui keselamatannya
- Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti usb flash memori, memori stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelum menggunakannya