| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

Jenis-jenis Komputer

Ringkasan Artikel

Terdapat sepuluh (10) jenis komputer.

Komputer adalah kemudahan yang digunakan dalam majoriti tugasan seharian pada masa kini. Sebagaimana yang diketahui, komputer memilik mikroprosesor di dalam dan perkakasan lain di luar yang melengkapkannya iaitu tetikus, papan kekunci serta kabel lain. Untuk makluman, terdapat sepuluh (10) jenis komputer yang perlu diketahui iaitu :

 

  1. PERSONAL COMPUTER (PC) - atau dikenali sebagai komputer peribadi dibina untuk kegunaan inidividu. Mac juga merupakan perkakasan dalam kategori ini
  2. DESKTOP - komputer yang tidak dapat dibawa sebagai peranti mudah alih di mana ia ditempatkan di satu tempat. Ia dilengkapkan dengan kelebihan penyimpanan, harga yang jauh lebih rendah daripada komputer riba atau Laptop
  3. LAPTOP - dikenali juga sebagai komputer riba merupakan komputer mudah alih yang boleh dibawa ke merata lokasi. Komponen seperti skrin, papan kekunci, procesor berada di dalamnya.
  4. NETBOOK - merupakan komputer ultra-portable yang lebih kecil dari laptop biasa dan harganya lebih murah. Walau bagaimanapun, komponen yang terdapat di dalamnya kurang kuat sekiranya dibandingkan dengan laptop. Penggunaannya juga tidak begitu hebat sekiranya dibandingkan dengan laptop biasa.
  5. PDA - PDA (Personal Digital Assistant) adalah komputer yang berintegrasi dan menggunakan flash memory daripada hard drive untuk penyimpanan data. Tidak memiliki papan kekunci tetapi menggunakan teknologi sentuh. Fizikalnya lebih kecil (lebih besar sedikit dari buku novel), ringan dan dilengkapi dengan daya tahan bateri.
  6. WORKSTATION - komputer yang memiliki processor yang lebih kuat, memori tambahan dan kemampuan yang dipertingkatkan untuk melaksanakan tugasan berkaitan grrafik 3D atau permainan atas talian.
  7. SERVER - ia adalah sebuah komputer yang boleh memberikan layanan kepada komputer lain melalui jaringan. Ia dilengkapi dengan processor yang kuat, memori dan hard drive bersaiz besar.
  8. MAINFRAME - ia adalah komputer yang digunakan untuk masalah yang dibatasi oleh input/output dan digunakan untuk perusahaan besar yang melaksanakan transaksi setiap hari.
  9. SUPERCOMPUTER - umumnya digunakan untuk masalah yang dibatasi oleh kelajuan perhitungan dan untuk pengiraan rumit yang berlaku di dalam memori
  10. WEARABLE COMPUTER - atau komputer yang boleh dipakai yang mempunyai aplikasi komputer umum (e-mel, kalendar) yang diintegrasikan ke dalam jam tangan dan lain-lain

 

 

 

SXDdUA4~

Hello!