| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)

UNIMAS : Pengurusan Penyelidikan Pintar (iRIS) [Smart Research Management (iRIS)]

Ringkasan Artikel

iRIS UNIMAS

iRIS merupakan sistem bersepadu yang cekap serta mesra pengguna dan menawarkan penyelesaian bagi pengurusan geran dan penyelidikan. Ia mempunyai pengurusan kitaran hayat penyelidikan yang  lengkap terdiri daripada beberapa modul iaitu aplikasi geran, pemantauan penyelidikan, pelaporan kemajuan, penerbitan, persidangan, pengurusan harta intelektual dan pengkomersialan.

Pemberian geran yang berbeza memerlukan kepelbagaian maklumat serta proses kelulusan yang berbeza. Terdapat keperluan untuk mematuhi keperluan geran terutamanya pemberian daripada sektor yang dikawal selia. Proses ini melibatkan pelbagai pihak dengan peranan dan tahap akses yang berbeza. Semasa kitaran hayat penyelidikan, sukar untuk mengetahui perkembangan tugas atau tindakan yang belum selesai. Kesukaran menghasilkan statistik yang tepat dengan kadar segera untuk pelbagai jenis geran dan set data. Ia diperlukan bagi membantu proses menyediakan keputusan. Terdapat juga keperluan penyediaan data untuk kegunaan pelbagai pihak serta tujuan pengauditan dimana menggunakan tenaga kerja dan memakan masa bagi penghasilan bukti.

Untuk menangani isu ini, iRIS direka bentuk dengan aliran proses yang fleksibel dan konfigurasi dinamik yang boleh diselaraskan bagi memenuhi keperluan institusi. Ia menawarkan kawalan dinamik untuk permohonan geran dan pemantauan KPI projek. Kawalan akses boleh dikonfigurasi dan membolehkan interaksi antara penyelidik, pentadbir geran dan pihak lain secara kontekstual. Ciri-ciri pemberitahuan disediakan bagi memastikan pengguna memperolehi maklumat terkini aktiviti penyelidikan dan tugas yang masih belum selesai. Untuk mempercepatkan penyediaan keputusan oleh peringkat tertinggi, iRIS menyediakan ciri papan pemuka (dashboard) untuk menghasilkan statistik merentasi pelbagai set data. iRIS juga mampu menghasilkan laporan dan data eksport secara automatik. iRIS menyimpan data kelulusan komprehensif mengenai proses yang terlibat untuk pengesanan audit.

Hasilnya, terdapat peningkatan yang ketara dalam kecekapan proses tersebut. Pemantauan masa nyata boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan dari pelbagai peranti. Ia juga menjimatkan kos serta masa kerana proses dapat dilaksanakan dengan cepat walaupun dengan penggunaan sumber manusia yang sedikit. Proses tersebut adalah mesra alam dan tanpa kertas. Pengesahan melalui pelbagai tahap kelulusan dan proses semakan ia dapat memastikan integriti dan ketepatan data. Proses kelulusan permohonan geran dan kitaran hayat penyelidikan boleh dikesan dengan mudah bagi tujuan pengauditan. Data yang diperlukan untuk pihak seperti MyMohes, MyRA dan SETARA boleh dihasilkan dengan cepat dan mudah dengan modul pelaporan. Keputusan yang lebih baik boleh disediakan melalui analisis statistik yang komprehensif dan tepat dari papan pemuka (dashboard).

Pengurusan geran penyelidikan memerlukan usaha yang besar untuk memastikan maklumat itu tepat dan sentiasa terkini. Dengan iRIS, pengurusan geran penyelidikan boleh dilakukan dengan cekap dan berkesan. Ia juga menyumbang kepada penjimatan masa, sumber dan kos yang signifikan. Pemfokusan kepada ketepatan data akan memastikan ketelusan dan integriti proses yang terlibat.

 

Biodata Pembentang :

Encik Mohd. Razif bin Baital@Latif berkhidmat sebagai Ketua Unit Aplikasi Sokongan Akademik di Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Merupakan anak jati Sarawak, beliau telah berkhidmat di UNIMAS selama 5 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam pembangunan “web stack” serta Sistem Arkitektur dan Senibina dan memfokuskan pengurusan aplikasi penyelidikan.

 < Slaid Pembentangan >

SXDcSA1~

Hello!