MENGENAI KAMI
  Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi mula ditubuhkan pada 1 Julai 2006 melalui penstrukturan semula Bahagian Teknologi Maklumat dan Institut Multimedia dan Perisian.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan dasar-dasar ICT seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Dasar ICT UPM.

Visi

Untuk menjadikan UPM salah satu universiti unggul yang terhubung berasaskan ICT.

Misi

Membangun dan mengukuhkan sistem pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran UPM melalui penyediaan sistem maklumat dan teknologi secara meluas dan menyeluruh.

Objektif

  • Mensasarkan visi teknologi komputeran dan komunikasi di UPM.
  • Proaktif dalam menjangka kesan transformasi ICT ke atas pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran, kerjasama dan pembangunan komuniti.
  • Memudahkan perbincangan polisi dan perancangan teknologi komunikasi dan maklumat pada setiap peringkat pentadbiran UPM.
  • Membangunkan piawaian dan garis panduan untuk komputeran dan teknologi internet di seluruh UPM.
  • Menerajui usaha merancang pelan keselamatan komputer dan rangkaian untuk seluruh UPM.
  • Membina persekitaran IT secara menyeluruh melalui amalan perolehan teknologi yang profesional.